Dec 28, 2011

Teknik Pernafasan Ketika Bersalin


Rasa cam dah wat entry ni..tapi rasa nk repost lagi..sebabnya aku N_ _VO_ S..hehehe..;P..dan untuk rujukan di masa hadapan..untuk anak ketiga dan seterusnya..ceh..berangan betul makcik ni..sila rasa pengalaman yang kedua dulu ye..hihihi..ni aku amik dari blog Adrini's Family..hehe..saya amik ye Tuan Blog..terima kasih.jom kite tengok apa teknik beliau?


1. Masa kita rasa start nak sakit. ( awal-awal la )
Time ni kita tarik nafas dalam-dalam ikut hidung, then keluarkan nafas ikut mulut.

2. Then bila dah rasa kontraksi makin kerap and semakin sakit
Time tu cuba tarik nafas pendek and cepat then lepas. Pendek-pendek je. Tarik nafas pendek ikut mulut,   lepas pun ikut mulut.

3. Bila rasa macam nak meneran tetapi belum tiba masanya lagi.
Time ni tarik nafas 2 kali terus ikut hidung, then keluarkan ikut mulut. Tarik nafas and hembuskan tu pendek-pendek je. Ala-ala ‘sniff’, ‘sniff’, ‘fuhhhh’. Bila takde rasa nak meneran, hembuskan nafas yang lembut and macam biasa.

4. Bila tiba masa meneran
Time ni cara pernafasan dia adalah tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, sebab oksigen masuk lagi banyak ikut mulut compare ikut hidung.. Then baru push sambil lepas nafas perlahan-lahan dengan satu nafas supaya baby tak tersekat dan betul-betul keluar.
Teran tanpa mengeluarkan suara dan sekiranya kehabisan nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemua nafas, terus tarik nafas semula. Ini bagi mengelakkan bayi masuk ke dalam semula. Time meneran tu dua-dua tangan pegang pada buku lali then masa meneran tu, kita tengok perut kita masa angkat kepala dan dagu cecah dada. Ini untuk elakkan dari kita angkat punggung.


Macam mana posisi suami ( kalau suami ada masa process kelahiran tu ) dalam membantu isteri. Ha, ni saya baru pertama kali tahu tau. Nak tahu cara dia?

*Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa). Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan)

P/S: rasa-rasa boleh ingat tak teknik ni?huhu..harap-harap ingatla..ingat sikit-sikit pun jadila..ekekekeke..TQ Tuan Blog!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Part Of Memoirs Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting