Jun 29, 2011

Resepi : Nasi AyamKu..


Ahad yang lepas.tetiba-tetiba bangun je rs macam nak makan nasi ayam..terus ajak husband n anak pergi ke pasar..hehe..cari rencah & lauk..nasi ayam ni senang je nak membuatnya, tetapi banyak rencah tu yang kadang2 malas tahap dewa!hehe..rasanya nila first time saya buat nasi ayam buat suami & anakku tersayang..ngehngeh..sori bang!=).


Resepi Nasi Ayam Saya:
Untuk Nasi:
Beras
Air rebusan ayam secukupnya
Serbuk pati Ayam Adabi
Bunga lawang,cengkih dan seangkatan dengannya
Bawang besar, halia
Daun pandan diikat
Serai diketuk (jika mao letak)
* Cara-caranya : Masukkan semua bahan. Masak nasi seperti biasa, tetapi air adalah air rebusan ayam

Untuk Ayam Goreng:
Tempoh hari, saya buat simple je..Ambil ayam beberapa ketul, masukkan serbuk kunyi, sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap, garam secukup rasa. Gaul semua dan perap dalam 20 minit. Kemudian goreng (jangan goreng sampai hangus pula..heeee)

Untuk Sup :
Bawang merah,bawang besar, bawang putih
Ayam dipotong kecil-kecil ikut citarasa
Bunga lawang,cengkih dan seangkatan dengannya
Sup Bunjut Adabi
Daun sup
Air secukupnya.
* Cara-caranya: Potong kecil semua bawang tersebut jika malas menumbuk, panaskan minyak, Tumis bawang-bawang tersebut. Kemudian, masukkan ayam, air, (jangan lupa ambil rebusan ayam untuk dimasukkan ke dalam beras.) Masukkan bunga-bunga lawang dan seangkatan dengannya, serbuk pati ayam Adabi, sup bunjut Adabi. Biar mendidih, kemudian rasalah garam cukup rasa ke tak..last sekali masukkan daun sup bagi wangi..hehehe)

Untuk Sos :
Tomata 2/3 biji
Lada merah 2/3 biji
Sos cili, sos tomato, sos tiram
Gula, Garam
* Caranya : Blend tomata & lada merah, tambah air sikit. Kemudian hasil blend tu dimasak di atas api. Semasa panaskan, masukkan sos cili. sos tomato, garam & gula secukup rasa. Masak hingga nampak pekat sosnya

Tambahan: Potong cantik-cantik tomato & salad. Hias dalam pinggan..Tadaa..Nasi Ayam siap..yeay!hehe

p/s : Ni tangan sape ni nak ambik ayam goreng ibu neh!shubiitttt br tau...heee


3 comments:

mama akid on June 29, 2011 at 4:17 PM said...

wahhh nk sikit....

zurainah on June 29, 2011 at 8:22 PM said...

hoho..dh abis pun..

zurainah on June 29, 2011 at 8:23 PM said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Part Of Memoirs Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting